“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti
ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya
di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh
dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27
Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei
1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta
menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda
menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi
memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun
Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453
bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan
Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah
dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota
Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan
Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana
percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan
oleh orang Islam.
Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan
oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW
bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng
Konstantinopel.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian
lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh
Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada
Muhammad al-Fateh):
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota
konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad
al-Fateh yang masih di dalam buaian.
Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup
sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar
sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya
putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19
tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah
Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang
adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu
menyuruh guru-guru tersebut pulang.
Kemudian baginda membina benteng yang
dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda
sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga
ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.
Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota
Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau
menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan
Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak
kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian
dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun
oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa
Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada
29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.
boleh tahan lah kwan ...... mcm membaca jer ayat ....
ReplyDelete