"Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah)
Idris (yang tersebut)di dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang
sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat
yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57)
Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada
kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada
kedudukan yang tinggi.
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh
Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail,
engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata
Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris
kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan
kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?"
Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut
nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah
kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail
sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin
Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut
nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris
a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon
kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail,
maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as.
"Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s
"Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup
itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah
rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati
aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris
a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada
keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga
saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat
belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada
di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke
Neraka Jahanam tanpa izin Allah".
Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan
firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris
a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris
kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk
musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka dan kala
jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang
sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi
Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada
keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh
tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata
"Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah."
Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti
dekat pintu syurga.
Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam
nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga
tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza.
Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya
sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam
rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah
mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya
sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka
Jahanam.
Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu
mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar.
Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di
bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat
Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah
pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka Nabi Idris
masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah
Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris,
keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah
s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut,
sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi
maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki
(neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman
lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar
daripada syurga).
"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga"
sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah
dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu
bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."
Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang
kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu
cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."
Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail
